| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kejohanan Bola Sepak Piala Tan Sri Murad Ahmad Kali Ke 28 Tahun 2011, Di Kelolakan Oleh Jabatan Penjara Malaysia, Sabah

Kota Kinabalu, Sabah,  17 hingga 19 Jun  2011 berlangsung Kejohanan Bola Sepak Piala Tan Sri Murad Ahmad kali Ke 28. Perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Likas, menyaksikan Sabah merangkul gelaran juara dengan menumpaskan juara tahun lalu, pasukan Selangor B (Penjara  Sungai  Buloh) dengan  jaringan 2-0, Insp.Rosfaizal Samsudin meletakkan Pasukan Sabah 1-0 dihadapan seawal minit ke -15 dengan menyudahkan  hantaran lintang ketua pasukan Billyton Vun Ket Ming sebelum Azmi mengesahkan kemenangan 2-0 beberapa minit selepas itu.
Kemengan itu mengekalkan rekod tanpa kalah pasukan Sabah sepenjang kejohanan selama tiga hari berkenaan Sabah mara ke final selepas menumpaskan Penjara Bentong Pahang 2-0 manakala Selangor B mengalahkan Pulau Pinang juga dengan keputusan sama.


Dengan gelaran juara tersebut, Sabah meriah Piala, Medal trofi kejohanan dan wang tunai RM2,000.00 manakala Naib Johan Selangor B (Penjara Sungai Buloh) membawa pulang RM1,500.00 dan dua pasukan yang tewas di separuh akhir, Pahang B (Bentong) dan  Pulau Pinang tempat ketiga masing-masing menerima wang tunai RM750.00.


Koleksi Hadiah dimenangi Sabah juga bertambah apabila pasukan Sabah dipilih  sebagai kontinjen terbaik dalam perbarisan  serta,  ketua pasukan Billyton dinobatkan sebagai pemenang anugerah Pemain Terbaik.Kejoahanan manakala penjaring terbanyak dimenagi oleh Mohd  Alwi  dari Pahang ?B? (Bentong), yang dianjurkan buat kali pertama di negeri Sabah telah disertai 19 pasukan Penjara di seluruh Negara.
Hadiah-hadiah disampaikan oleh Komisioner Jeneral Penjara Malaysia Datuk Wira Haji Zulkifli Omar selepas perlawanan akhir selesai dan seterusnya ucapan perasmian dan penutupan Kejohanan Bola Sepak Piala Sepak Piala Tan Sri Murad  Ahmad kali ke 28.



""